Monday, October 25, 2010

Cameron Highland

Sebenonya ni gambar lama. Saja je nak simpan dalam ni untuk tgk2 masa akan datang.




















Lagi 2 batang gigi kena cabut

Disebabkan appointment dgn Klinik Dr. Zarin tersangatlah lama lagi. So aku nak cabut je gigi aku lagi 2 batang ni kat klinik lain. Staf kat klinik dr. Zarin tu bg surat refer untuk aku g klinik  gigi yang lain. Mula2 aku nak je pegi klinik kerajaan kat Bangi. Tapi sampai je kat sana time tu kul 8.30 orang ramai giler. So aku tukar plan g klinik lain. Aku g Klinik Pergigian Asnaani yang dekat area Bangi gak. Time tu org xde, yelah pagi lagi kan. Tanya harga dulu kut2 mahal. Tapi bila dengar harga ok je terus aku on je cabut gigi kat situ.

Time nak keja injection tu cam sebelum ni jugak aku mintak dr. sapu ubat kebas dulu, takut beb. So kenalah tunggu lama sket. Aku rasa mesti husben ku bosan tggu lama kt luar tu. Dalam hati mintak dia sabar bnyk2 ye. Time nak cabut agak susah sket sebab dr. perempuan. Kederat dia mana sama dengan dr. lelaki. Papepun tetap tercabut jugak gigi aku yang sihat walafiat tu. So pasni berehat je di rumah sebab dapat mc. Tunggu appointment untuk pasang band kat klinik dr. Zarin lak pasni.

Projek Apron

Bulan puasa itu hari Kak Intan suh buatkan apron untuk anak dia Arif. Apron ni untuk Arif bawak g sekolah untuk kelas melukis. Kak Intan kata selalu Arif balik je baju dia kotor penuh dengan colour.

Tapi disebabkan ketidak sihatan aku, aku buat lepas raya. So bermulalah projek aku membuat apron untuk Arif. Tapi ada request terbaru dari Kak Intan, dia mintak aku buat untuk ketiga-anak anak dia. Yelah kang abg je yg ada, adik-adiknya mesti mengamuk nak jugak. So kenalah buat 3 apron. Takpelah janji masyuk.

Tada inilah hasilnya, aku sulamkan nama untuk setiap apron, so takdelah berebut nanti. Untuk Arif memanglah senang nak bezakan sebab beso. Tapi untuk Aniq n Airil ni sama size, diorang pun sama besar. Bila dah siap, aku suh Kak Intan datang amik. Anak-anak dia suka betul n siap pakai, padahal masa tu abah diorg nak bawak g mancing. Papejalah korang. Disebabkan balance kain banyak lagi, Kak Intan request untuk buat apron dia pulak. Ha ha ha ...maknya pun teringin. Tunggu nanti buat apron maknya pulak ye..


Saturday, August 7, 2010

2 batang gigi hilang

Gara2 nak buat braces 2 batang gigi hilang pada 22/07/2010. Time dr. nak cucuk ubat kebas aku gabra gile. Almaklumlah aku ni penakut jarum..so aku mintak dr. sapu ubat kebas khas untuk budak2 cabut gigi tu. So xdelah sakit time cucuk tu. Sementara tunggu kebas aku kena buat x-ray. Kelako pun ada sbb mulut dah rasa kebas tp kena sengih time amik x-ray. Susah jugak nak sengih...Pastu tibalah masa untuk gigiku dipisahkan dari gusi. Rasa sayang jugak tapi xpelah sbb dh buat keputusan kan. Sebelum dr. cabut gigiku, dia pasang saperator (tul ke aku eja)kat celah2 gigi geraham atas n bawah. Aku pn xtau apa tujuan saperator tu. Dr. kata sehari dua pas pasang bende tu akan rasa sakit sket. Hehehe....tunggu jelah. So pas pasang saperator tu tibalah masa dr. nak cabut gigi tapi mmg x rasa sakit langsung.

Pas cabut dr. x bagi kumur2 paling kurang 12 jam untuk elakkan byk darah kuar. Agaknya la kut. Sbb dah xleh nk cakap, adik yg dok kat kaunter suh call je utk buat next appoinment utk cabut lg 2 batang gigi.

Wednesday, July 21, 2010

Braces

Malam ni aku rasa berdebar sebab esok adalah 2nd appoinment dengan dr.zarin untuk cabut gigi. Sepatutnya esok adalah 4th appointmen tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan pada 2nd n 3rd appoinment yang terpaksa ditunda ke hari esok.

Esok sepatutnya aku kena ambik xray & kena cabut 4 batang gigi seperti yg dr. zarin cakap masa 1st appoinment itu hari. Takut n sayangnya kena cabut gigi. Tapi sebab mmg dah buat keputusan untuk pasang bracess kenalah buat semua tu.

Masa 1st appointment just buat mold n check gigi je. Sebelum ni dapat info yang klinik ni harga agak murah le berbanding klinik lain. So far sekarang ni mmg yang termurah selepas survey beberapa klinik swasta yang lain. Bayaran pendahuluan pun ok. Bulanan pun ok. Servis pun ok. Tunggu esok untuk update terbaru....

Tuesday, March 16, 2010

Tournament Bowling Inter Family & adik-beradik

Lepas seminggu meng-arrangekan tournament bowling akhirnya berkesudahan dengan ke-happy-an..apa punya ayat da...Seramai 24 penyertaan yg diterima. Yang lain ada hal tak dapat nak join. Ada yang pegi bandung bercuti, ada yang pegi AF8 tengok adik ipar perform. So far sume puas hati cuma yg tak puas hati sebab tak menang hadiah je....



Keluarga yang bersemangat untuk main bowling...menangnya tidak . Takpelah janji aku dah aturkan 1 game untuk kumpul adik-beradik


Adik tak lepas dengan trompet...


Abg peace sentiasa.....


Sapa terror....


Aksi-aksi anak dara...single not available


Aksi anak dara lagi...sapa cun ???


Antara barisan pemenang-pemenang - senyum lebar bila menang ye..


Inilah separuh dari keluargaku yang datang...Yang lain ada hal tak dapat join...takpe lain kali ye

Aqid & Aqisya Masuk Spital

Anak-anak mama tetiba je tak sihat...cirit-birit n muntah-muntah. Lepas 3 hari tak jugak elok-elok, mama dgn ayah bwk g An-nur kompom kena tahan kat wad sebab dah teruk sgt kata dok. Khairul. Sian anak- anak mama kena masuk air. So jadilah wad tu rumah kami selama 3 hari. Lepas 3 hari doktor bagi kuar. Adik dah sihat tapi abg amik masa 2 - 3 hari jugak baru nak sihat.






Janome MC300e

Lama sesangat tak update blog ni. Sebenonya dah terlupa id n passwordnya...Tapi hari ni dah teringat balik setelah beberapa kali mencuba. Emmm.... ni nak tunjuk barang yang dah lama di idamkan...



dan inilah hasilnya....

Inilah hasil kerja pertama dari MC300e ni...cenderahati untuk tetamu yang dibuat khas untuk perkahwinan abang ipar...kembar hubby i le...



towel utk aqisya...hello kitty lagi..



Ni towel untuk Aqid..special sebab abg suka keta le katakan


Ni lak khas untuk cucu oni...rajwa..tome tomenya